Selamat Hari Guru

Tanda-tanda Kebahagiaan

Kebahagiaan memiliki tanda-tanda, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebutkan tiga perkara iaitu:

1.Jika mendapatkan nikmat, dia bersyukur.
2.Jika mendapatkan ujian, dia bersabar.
3.Jika berbuat dosa, dia beristighfar.

Gong Xi Fat Choy

kepada semua murid2 & Rakan-rakan  Cina  Cikgu di SMK PG & SMK TMR

Khasiat Kurma

Pada waktu pagi jika tidak sempat ambil sarapan pagi eloklah kita makan beberapa biji kurma, Insyaallah dapat berikan tenaga untuk kita belajar dan kurma juga punya pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita..

Sila baca artikel ini untuk rujukan :

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

SUMBER: http://hasbiedaud.wordpress.com/?s=kurma

Sarapan Pagi

Sebagai seorang pelajar, cara pemakanan sangat penting untuk membantu otak kita supaya cergas dan sihat. Waktu belajar memerlukan fokus yang tinggi, oleh itu Sarapan pagi penting kepada memberikan kesan positif pada otak untuk kita berfikir dan mengingati bahan pelajaran yang diajar oleh Cikgu kita.

Sila baca petikan atikel dibawah untuk rujukan:

Sarapan Pagi Kuatkan Otak

Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka. 

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang Paras Glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak – bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Banyakkan Serat dan Bijirin

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

Terbitan asal:  http://www.sihatselalu.com.my/2009/02/sarapan-pagi-kuatkan-otak.html

Tip Pelajar Cemerlang.


Print

Tips Belajar oleh: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

 

 

 

 

Tip 1

Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2

Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

Tip 13
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Tip 15
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.

Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.

Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 20
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

Tip 24
Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.

Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.

Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.

Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.

Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. Tip 31 Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.

Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.

Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

Tip 35
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.

Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.

Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.

Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

Tip 49
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.

Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.

Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Tip 53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.

Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.

Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.

Tip 57
Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.

Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.

Tip 59
Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.

Tip 60
Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

Tip 61
Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang Oleh Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Keutamaan Belajar dan Mengajar

Adapun tentang keutamaan belajar (at-ta’allum), Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضَاءً بِمَا يَصْنَعُ.
(أخرجه أحمد (4/240،239) وابن حبان والحاكم وصححه من حديث صفوان بن عسال)

“Nescaya engkau belajar satu macam ilmu, [nilainya di sisi Allah s.w.t.] lebih baik daripada engkau solat seratus rakaat.”

Selamat Tahu Baru 2011

Cikgu doakan anda semua dirahmati dan diberikan perlindungan

disepanjang tahun 2011

dan semoga kita semua beroleh kesejateraan,

kesihatan dan kejayaan yang cemerlang.

Keputusan PMR 2010

Syukur Alhamdulillah pencapaian pelajar mendapat keputusan PMR semakin meningkat. Cikgu Ucapkan Tahniah kepada mereka yang beroleh kejayaan cemerlang dan cikgu harap yang tidak berjaya akan terus berusaha kerana semuanya masih ada peluang untuk perbaiki pencapaian dalam peperiksaan SPM akan datang.

SPM 2010

Cikgu mendoakan semua anak-anak murid cikgu di SMKPG dan SMKTMR

tenang dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t menghadapi peperiksaan SPM

yang bermula pada 23hb Nov 2010.

Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang ..

Amin.