Selamat Tahu Baru 2011

Cikgu doakan anda semua dirahmati dan diberikan perlindungan

disepanjang tahun 2011

dan semoga kita semua beroleh kesejateraan,

kesihatan dan kejayaan yang cemerlang.

Keputusan PMR 2010

Syukur Alhamdulillah pencapaian pelajar mendapat keputusan PMR semakin meningkat. Cikgu Ucapkan Tahniah kepada mereka yang beroleh kejayaan cemerlang dan cikgu harap yang tidak berjaya akan terus berusaha kerana semuanya masih ada peluang untuk perbaiki pencapaian dalam peperiksaan SPM akan datang.

SPM 2010

Cikgu mendoakan semua anak-anak murid cikgu di SMKPG dan SMKTMR

tenang dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t menghadapi peperiksaan SPM

yang bermula pada 23hb Nov 2010.

Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang ..

Amin.

Malam KEBIRUS SMKPG 2010

Tahniah dan Terima Kasih kpd KEBIRUS 2010.

Semoga persahabatan kita terus kekal abadi.

Selamat Hari Raya 1431H

Salam Aidil Fitri

Salam Merdeka

 Merdeka! Merdeka! Merdeka!  laungan itu menandakan Malaysia sudah merdeka dan kini kemerdekaan itu kini sudah disambut  selama 53 tahun. Tema  sambutan Kemerdekaan tahun ini, 1Malaysia Menjana Transformasi.

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog Cikgu. Ramadhan adalah  bulan yang memberikan seribu satu kebaikan dan manfaat yang tidak ternilai. Hanya mereka yang dirahmati-Nya akan merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan ini. Cikgu doakan kita semua mendapat rahmat dan kekuatan untuk mengerjakan puasa di Bulan Puasa Al-Mubarak.