Latihan Dalam Perkhidmatan

Tajuk : Pemantapan Pedagogi 

Penceramah  1) Tn Hj Mohamad Bin Yusof – Multiple Inteligent 

Penceramah 2: Cik Zaiton Binti Idris – Pembugaran Pedagogi

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)  di SMKPG pada 13/03/2010 dan telah  disertai oleh semua guru SMKPG. LDP tersebut bertujuan untuk  membantu para guru meningkatkan keupayaan dalam P & P.

Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program UiTM

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyemak syarat kelayakkan masuk ke UITM bolehlah klk disini: http://www.selangkah.uitm.edu.my/

Keputusan SPM ’09 – Sains Pertanian / SMKPG

Syukur Alhamdulillah, lega rasanya setelah  keputusan SPM  diumumkan semalam dengan 100% lulus untuk subjek Sains Pertanian. 9 dari 14 orang calon mendapat A, 3 orang mendapat B, 1 orang untuk grade C dan D. Tahniah Cikgu ucapkan kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya janganlah berputus asa.

 Cikgu percaya keputusan ini akan memberi peransang kepada pelajar calon SPM 2010 untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak bekerjasama dan membantu pelajar-pelajar sepanjang tahun yang lalu.

Klik sini untuk lihat  : ANALISA SPM 2009 SPT

Sambutan Hari Peringatan Sedunia

Sambutan Hari Peringatan Sedunia – Peringkat Negeri Johor

Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tarikh : 6/3/2010 – Tempat : Dewan MRSM Pontian

Pada hari tersebut saya bersama Pn Azizah dan 4 orang pelajar Tg. 5 SMKPG  telah mewakili Sekolah Daerah Pasir Gudang.

Kejohanan Balapan dan Padang SMKPG kali ke 26.

Pada 25hb Feb. 2010 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang SMKPG kali ke 26. Tahniah diucapkan  kepada semua rakan-rakan Guru dan semua pelajar yang telah terlibat secara langsung untuk menjayakan kejohanan tersebut.