Khasiat Kurma

Pada waktu pagi jika tidak sempat ambil sarapan pagi eloklah kita makan beberapa biji kurma, Insyaallah dapat berikan tenaga untuk kita belajar dan kurma juga punya pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita..

Sila baca artikel ini untuk rujukan :

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

SUMBER: http://hasbiedaud.wordpress.com/?s=kurma

Memulakan tugas baru di SMK Megah Ria

SMK Megah Ria

Salam Perpisahan buat semua warga SMKPG. Mulai 1/7/2010 saya memulakan tugas baru saya di SMK Megah Ria.

Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program UiTM

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyemak syarat kelayakkan masuk ke UITM bolehlah klk disini: http://www.selangkah.uitm.edu.my/

Keputusan SPM ’09 – Sains Pertanian / SMKPG

Syukur Alhamdulillah, lega rasanya setelah  keputusan SPM  diumumkan semalam dengan 100% lulus untuk subjek Sains Pertanian. 9 dari 14 orang calon mendapat A, 3 orang mendapat B, 1 orang untuk grade C dan D. Tahniah Cikgu ucapkan kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya janganlah berputus asa.

 Cikgu percaya keputusan ini akan memberi peransang kepada pelajar calon SPM 2010 untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak bekerjasama dan membantu pelajar-pelajar sepanjang tahun yang lalu.

Klik sini untuk lihat  : ANALISA SPM 2009 SPT

Sambutan Hari Peringatan Sedunia

Sambutan Hari Peringatan Sedunia – Peringkat Negeri Johor

Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tarikh : 6/3/2010 – Tempat : Dewan MRSM Pontian

Pada hari tersebut saya bersama Pn Azizah dan 4 orang pelajar Tg. 5 SMKPG  telah mewakili Sekolah Daerah Pasir Gudang.

Kejohanan Balapan dan Padang SMKPG kali ke 26.

Pada 25hb Feb. 2010 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang SMKPG kali ke 26. Tahniah diucapkan  kepada semua rakan-rakan Guru dan semua pelajar yang telah terlibat secara langsung untuk menjayakan kejohanan tersebut.

Sistem Gred untuk keputusan SPM

Penantian satu penyiksaan. Cikgu pasti semua pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM pasti rasa berdebar. 

Mulai tahun ini ( Keputusan SPM 2009) akan menggunakan sistem Gred yang baru dan ianya akan digunakan oleh IPTA, IPTS serta KPT dalam pemilihan kemasukan ke institusi tersebut utk sesi 2010.

Gred Lama Gred Baru Markah Nilai GPK Nilai PNG Tahap
1A A+ 90 – 100 1 4.0 CEMERLANG TERTINGGI
1A A 80 – 89 1 3.75 CEMERLANG TINGGI
2A A- 70 -79 2 3.50 CEMERLANG
3B B+ 65 – 69 3 3.25 KEPUJIAN TERTINGGI
4B B 60 – 64 4 3.00 KEPUJIAN TINGGI
5C C+ 55 – 59 5 2.75 KEPUJIAN ATAS
6C C 50 – 54 6 2.50 KEPUJIAN
7D D 45 – 49 7 2.25 LULUS ATAS
8E E 40 – 44 8 2.00 LULUS
9G G 0 – 39 9 1.75 GAGAL

Bersamalah  kita berdoa agar ramai pelajar sekolah kita akan mendapat keputusan yang cemerlang.